loading...
"Saya Terdesak Buat Sedemikian, Saya Dah Tak Buat Dah," Bapa Perjelas Kisah Sebenar Bawa Anak Kecilnya Bonceng Motosikal#
#Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki telah menggalas anak kecilnya menggunakan 'baby carrier' menaiki motosikal Kawasaki RR150.#
#Ada netizen dilihat tidak selesa dengan tindakan bapa berkenaan dan rata-rata menyifatkan tindakan bapa itu mengendong bayi sedemikian adalah tidak patut dan merbahaya, namun ada juga yang memberikan pandangan positif.#
#Namun, akhirnya segala persoalan mengenai gambar tersebut telah terjawab apabila bapa berkenaan telah menceritakan kisah sebenar mengenai kejadian itu.#
#Menurut beliau gambar berkenaan adalah gambar tahun lalu di mana rakannya telah memuatnaik atau 'repost' semula gambar itu dan menjadi viral di laman sosial dengan pelbagai andaian.#
#�Sebenarnya, ketika itu saya hendak menjemput isteri dari tempat kerja. Saya agak terdesak berbuat demikian sebab tiada siapa boleh tolong jaga anak saya yang ketika itu baru lima bulan,� katanya dipetik laporan Harian Metro.#
#Menurutnya beliau lagi gambar berkenaan dimuat naik semula oleh rakannya sempena hari lahirnya yang baru berlalu.#
#�Gambar itu dimuatnaik semula sekadar suka-suka kerana kami dulu pernah berkonvoi bersama. Hanya tanda ingatan dia sempena hari lahir saya. Tak sangka akan `viral� semul.�#
#"Gambar itu dirakam oleh rakannya itu semasa dalam perjalanan menjemput pulang isterinyadari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka, namun disebabkan tiada siapa dapat membantu menjaga anaknya ketika itu, da terpaksa menggendong anaknya menggunakan 'baby carrier' yang dianggapnya sebagai selamat."#
#"Saya buntu ketika itu dan tidak tahu nak buat macamana. Itulah yang membuatkan saya mengambil keputusan menggendong anak. Ketika itu, saya hanya ada motosikal."#
#�Ketika itu juga saya baru saja berpindah ke Melaka. Lebih 10 kali saya bawa anak seperti itu untuk menjemput isteri pulang dari tempat kerja. Ada orang menasihati saya supaya berhenti melakukannya. Tapi, kekadang ada juga rakan ikut saya untuk memastikan keselamatan kami,� katanya.#

#Beliau menyatakan dia kini tidak lagi berbuat demikian selepas telah membeli sebuah kereta dan isterinya pula sudah pun berhenti kerja dan memberi tumpuan membesarkan anaknya yang kini sudah berusia tiga tahun.#
#"Saya juga ada membaca komen daripada pengguna laman sosial di FB rakan saya itu yang rata- ratanya memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengecam tindakan saya itu.#
"Apapun saya lakukan itu disebabkan kerana terdesak dan sudah pasti sebelum berbuat demikian saya memastikan keselamatan anak. Biarlah apa mereka nak cakap kerana mereka tidak berada di tempat saya," katanya.

0 Response to "(VIRAL TRENDING) "Saya Terdesak Buat Sedemikian, Saya Dah Tak Buat Dah," Bapa Perjelas Kisah Sebenar Bawa Anak Kecilnya Bonceng Motosikal"
Post a Comment