loading...
PENYANYI terkenal Shila Amzah gagal dalam tuntutannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menolak samannya terhadap seorang wartawan akhbar Kosmo! dan dua pihak lagi berkenaan.
Ia berhubung satu artikel yang pernah disiarkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu popular tersebut pada pada tarikh 17 September 2014 lalu.
Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman yang difailkan penyanyi lagi �Patah Seribu� itu selepas mendapati artikel diterbitkan defenden tidak berniat jahat dan mengandungi ulasan saksama.
Mahkamah turut memerintahkan Shila selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan akhbar Kosmo!, Maliah Surip, 36, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Shila menfailkan saman itu pada 16 Januari 2015 berikutan merasakan akhbar kosmo telah melakukan fitnah terhadapnya berhubung beberapa artikel yang menyatakan konsert �Shila Amzah-Love Live in Malaysia� pada 13 September 2014 ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini.
Selain itu, Shila dalam pernyataan tuntutannya turut mendakwa akhbar tersebut menyatakan dia memperlekehkan media berbahasa Melayu.
Artikel itu dikatakan dibuat berdasalkan status yang dimuat naik laman Instagram �Shilaamzah_photography�, yang memuji pihak media khususnya media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas konsert tersebut.
Padahal, Shila mendakwa dia tidak mengenali pemilik akaun Instagram itu dan status tersebut tiada kaitan dengannya.
Pada perbicaraan itu, Shila, 27, diwakili peguam K. Mahendra.
Sementara itu, menerusi laman Instagram Shila, bintang yang terkenal di China ini memuat naik status sindiran pedas berhubung kekalahannya itu.
�Alhamdulilah.. doa orang teraniaya pasti akan termakbul. Mungkin bukan di sini, tapi di sana.
�Fitnah makanan biasa bagi orang-orang yang bermuka dua,� tulisnya.
loading...
0 Response to "Kalah Saman Kosmo, Lihat Reaksi Shila Yang Bakal Buatkan Ramai "SENTAP" !"
Post a Comment